♔Hijrah Hidup Seorg Hamba.♔
Tuesday, June 11, 2013 | 6:56 PM | 0 love drops
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum, di saat aku duduk termenung di hadapan rumah. Melihatkan kebesaran Allah yg ada di muka bumi ini, besertakan angin pagi yg lembut meniup ke arah wajah aku, aku terimbas kembali masa silam aku.

Aku hanyalah hambaNya yg berjalan di atas nikmat dunia yg sementara. Namun biarlah ini menjadi kisah rahsia antara aku dan Dia, Dan jika kamu mengenali diriku, tidak mengapa. Inilah kisah penghijrahan aku. Kisah yg penuh kelalaian dan kealpaan atas nikmat dan godaan dunia.


Dulu aku seorg yg sopan, malu itulah perisai diri aku. Namun, lantaran aku tidak betah dgn godaan dunia, akhirnya aku tewas. Tewas dalam arus yg menghanyutkan. Dan hampir sahaja aku lemas, ya hampir. Sebenarnya aku tahu akan hukum dan hakam agama. Aku faham, aku arif. Namun demi keseronokan, aku sanggup membutakan mata, mentulikan telinga dari segala hukum agama. Berkali kali dinasihatkan namun aku buat tidak endah. 


Sehingga lah suatu saat, sedang aku leka dgn keseronokan dunia, aku di uji dengan fitnah yg mendatang. Fitnah yg disebarkan sehingga akhirnya aku mengakui kekuasaan dan keagungan Ar-Rahman. Aku akui aku tewas. Aku akui aku lemah. Mana perginya kawan kawan aku dulu yg mengatakan mereka akan selalu setia bersama aku ketika susah dan senang? Tiada. Bahkan yg dikatakan 'kawan' itulah yg mengkhianati aku. Aku tak punyai sesiapa pada ketika itu, dan mujur ummi dan ayah sentiasa berada di samping aku. Dan waktu itu sungguh aku merasakan betapa berdosanya aku terhadap mereka. Mana tidaknya kerana kawan aku jadi derhaka kepada mereka. Aku sanggup membelakangkan nasihat kedua org tua aku demi kawan aku yg hanya menjadi peneman seketika.



Waktu itu, waktu aku cuba untuk mengenali Rabb, ummi dan ayah tidak pernah berhenti memberikan sokongan kepada aku. Aku akur akan kebesaran Illahi. Aku tahu apa itu makna cinta sejati. Dan ketika itu aku berjanji tidak akan pernah mensia siakan lg peluang kedua yg telah diberikan. 

Akan tetapi, saat kawan kawan aku kembali lg di sisi, aku alpa lg. Aku leka, dan aku tewas sekali lagi. Dan kali itu, aku cuba untuk bercinta. Ya, bercinta dgn manusia yg tidak pasti cintanya. Aku solat, aku mengaji, tetapi pada waktu itu aku tidak bersedia untuk meninggalkan, meninggalkan apa yg haram di sisi Islam. Ya aku tahu, hakikatnya couple itu haram. Aku tahu, walaupun aku sering menasihati bab bab agama kepada kawan kawan aku pada masa itu, aku tetap salah! Mana ada istilah 'couple islamic' dan itu semua karut. Tetapi pada masa itu, iman aku menidakkannya. Dan nafsu mengiyakannya, Apa yg haram aku halalkan, dan sekarang aku menyesal.

Dan kerana aku sedar lelaki itu terlalu baik buat aku. Namun hidayah Allah terus terusan menyapa. Makin lama aku couple, makin aku merasa ada sesuatu yg tidak kena. Bagai ada sesuatu yg mencengkam hati dan jiwa aku. Bagai ada sesuatu yg merotan qalbu dan atma aku. Aku tahu itulah dosa. Aku tahu, tetapi Allah itu tetap sayangkan diri aku, cinta dariNya, terus terusan menyapa diri aku yg alpa. Ya, ketika itu aku mmg sgt sayangkan hubungan yg tidak halal di sisi Islam itu, namun aku lebih sayangkan agama aku, maruah aku, serta Rasul aku. Juga yg paling penting adalah keluarga aku. Dan yg lebih utama iaitu, Allah, Pencipta aku, Aku sedar ketika itu aku tidak mampu menolak lamaran dariNya. Namun cinta dari Allah itu tidak pernah mengecewakan, malah mengasyikkan. Dan sedikit demi sedikit aku cuba untuk bangkit berdiri. 

Aku mula berubah. aku telah meninggalkan semua yg haram di sisi Islam. Kini aku telah memulakan hidup baru, hidup aku yg lebih mencintai Allah, namun aku di uji dgn pelbagai dugaan yg mendtg. Tetapi Allah itu maha penyayang, dan Dialah yg membantu aku untuk berdiri semula di dunia ini. Kerana aku tahu Allah sering memujukku hanya dgn kalimah, La tai'ssu min rowhillah! Dan aku berpegang kepada kalimah itu.

Dia mendakap diri aku dalam cintaNya. Dan aku sedar tentang makna hijrah yg sebenar. Kini aku bukan lg di masa silam. Dan jika diberi peluang sekali pun, aku tidak akan sesekali kembali di zaman gelap yg tidak memberi apa apa erti kehidupan kepada aku. Cukuplah hidup dan mati ku ini hanya sekadar kepada Allah.
Dia yg berkuasa atas seluruh alam. Dan Dialah yg berkuasa ke atas diri aku. 

Firman Allah Swt : Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". 

Sesungguhnya, Hijrah itu Indah.


Hearts, Nurul Khadijah

♥ Past / Future ♥